Apakah Kad Pintar / Kad Hijau CIDB?
Kad Pintar atau Kad Hijau CIDB adalah kad Personel Binaan di mana Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia melalui Akta 520 telah menetapkan seorang yang pekerja yang perlu bekerja di tapak binaan atau penyelenggaraan perlu mendaftar dan mempunyai Kad Hijau CIDB.
Ini Bertujuan bagi memastikan mereka telah diberi pendedahan mengenai keselamatan di kawasan tapak binaan dan juga perlindungan insuran.

SPAN
Permit SPAN adalah sejenis lesen untuk menjalankan sesebuah kerja yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) itu sendiri. Lesen ini mempunyai pelbagai kelas tersendiri dan kategori kerja yang khusus.
Jenis C : Bagi menjalankan kerja pembinaan, pemasangan atau pengubahsuaian kepada mana-mana bahagian suatu sistem bekalan air atau sistem pembetungan
Jenis D : Bagi menjalankan kerja perkhidmatan penyenggaraan bagi suatu sistem bekalan air atau suatu sistem pembetungan tetapi yang tidak melibatkan pengendalian sistem tersebut;
| JENIS C1 | melebihi RM10,000,000 |
| JENIS C2 | kerja melebihi RM2,000,000 tetapi tidak melebihi RM10,000,000 |
| JENIS C3 | kerja melebihi RM200,000 tetapi tidak melebihi RM2,000,000 |
| JENIS C4 | kerja tidak melebihi RM200,000 |
